Tuesday, January 22

Keajaiban Dunia Ketika Kelahiran Rasulullah s.a.w




          Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.
Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
         Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi.
Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap.
          Sebelum Abdullah berkahwin dengan Aminah, terpancar cahaya gilang gemilang dari wajahnya kerana di dalam sulbinya membaca Sang Cahaya yang bakal menerangi alam maya kelak sehingga digilai oleh ramai wanita termasuk dari kalangan ahlil kitab…Sehinggalah beliau berkahwin dengan Aminah cahaya tersebut berpindak kepada Aminah pula apabila benih yang menanggung cahaya tadi berpindah ke jasad isterinya yang tercinta… Sehingga seorang perempuan ahli kitab datang berjumpa beliau menyatakan apabila Abdullah membawa cahaya tersebut dia sangat mengimpikan untuk menjadi isterinya… Namun apabila cahaya tersebut tiada lagi, niat tersebut telah berkubur seumpama hilangnya cahaya dari wajah ayahanda Nabi Muhammad saw tersebut.
         Ketika Abdullah berangkat ke Syria, sudah terdetik di hati si isteri bahawa suaminya tidak akan pulang lagi… Apabila genap Rasulullah saw dua bulan di dalam kandungan ibunya Abdullah wafat dan dikebumikan di Madinah Al Munawwarah. Begitu sedihnya hati bonda nabi mengenangkan nasib anaknya yang yatim tersebut. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat, di laut, burung2 yang berkicau sibuk membincangkannya. Angin dari Utara mengkhabarkan kepada angin Selatan dan angin Timur mengkhabarkan kepada angina Barat berita bakal munculnya Penghulu tujuh petala langit dan bumi 9 bulan lagi….. Bumi gempar dengan perkhabaran akan lahirnya insan istimewa tidak lagi.

Kedua, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bundanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya disadari melalui berita dari malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Ketiga, peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.” Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
         Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
          Cahaya keluar terang benderang dari rumah Aminah sehingga berpusu pusu orang Arab datang menjengah dan menilik ke dalam rumahnya yang mulia.. Malah ada di kalangan mereka yang cuba mengopak rumah tersebut kerana perasaan ingin tahu; apakah cahaya terang benderang tersebut yang keluar dari rumah seorang yang sederhana dan miskin. Wangi2an yang tidak terhingga laksan kasturi menusuk ke hidung semua yang berada di situ sehingga membangkitkan rasa damai ke sanubari mereka…

         Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
Ada riwayat menyatakan bahawa baginda diarak ke seluruh dunia untuk dipertontonkan kecantikannya kepada semua… Ada riwayat menyatakan bahawa Sayyidah Maryam dan Asiah turut serta menyambut kelahiran Rasul yang paling bongsu ini… Segala malaikat memandang baginda tidak berkelipan mata; sehinggalah baginda yang masih kecil sendawa lalu berkata; “Alhamdulillah,” dan segenap malaikat pun menyatakan “YarhamkALLAH…” sambil tersenyum…
Semua alam maya bertumpu mata terhadap bagina lantas terpesona dengan kecantikan dan cahaya yang luar biasa daripada Saidina Muhammad saw yang masih kecil. Setiap mata yang memandangnya berasa kagum…
Ummu Aiman yang berada di situ berasa sangat takjub lantas jatuh cinta dan tidak semena2 beliau menyusukan baginda Nabi saw… Beliau seolah2 terasuk dengan kecintaan itu malah baginda yang masih bayi mempersilakan anaknya Ummu Aiman untuk menyusu di sebelahnya… Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
               Ada menyatakan bahawa nabi Muhammad lahir dalam keadaan matanya bercelak dan sudah dikhitankan…Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan kemusnahan.
Ummu Aiman pun memanggil datuknya Abdul Mutallib yang sedang tawaf di Kaabah.. Belum pun sempat tujuh pusingannya Abdul Mutallib pun kembali dan melihat anak tersebut diletakkan di bawah belanga. Ini kerana mengikut adat orang Arab, tiada seorang pun boleh melihat anak yang baru dilahirkan kecuali selepas dilihat oleh bapanya terlebih dahulu sebagai orang pertama menyaksikan kelibat tubuhnya…Oleh kerana itu bayi tersebut ditutup terlebih dahulu dari pandangan orang ramai… Oleh kerana bapa nabi s.a.w sudah wafat maka, bapa kepada bapanya yang melihat terlebih dahulu…. Belum pun sempat Abdul Mutallib mengangkat belanga itu, dek kerana ajaib dan kuatnya cahaya yang terpancara dari Saidina Muhammad saw yang masih kecil, meletuplah belanga tadi kerana tidak dapat menanggung cahaya yang hebat tersebut..
Maka mata pun bertemu mata, dan alangkah terpesonanya si datuk melihat cucuandanya yang begitu luar biasa sehingga terpacul…. Ini malaikat atau manusiakah…. Maka jatuh cintalah datuknya terhadap cucundanya yang tersayang lantas di bawa ke BaituLLAH untuk disempurnakan tawafnya yang berbaki tadi…
       
            Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
Alam maya bertambah subur… Bumi yang kering kontang mula dipenuhi pohon dalam satu malam sahaja….. Pohon2 yang tidak berbuah… dengan rasa tiada segan silu melanjutkan dahan2nya untuk mudah dipetik… apabila dengan tidak semena2 berbuah dengan lebatnya pada hari kelahiran Nabi Muhammad saw….
Haiwan ternakan yang kurus, tidak berdaging dan bersusu…. Semuanya gemuk dan susunya keluar tanpa2 putus2… Inilah alam maya yang terkesan dengan keberkatan Maulidur Rasul saw….
Abu Lahab, bapa saudara Nabi saw membebaskan hamba perempuannya Thuwaibah untuk tujuan menjadi ibu susu nabi saw . Sebab itulah setiap hari Isnin di dalam neraka Abu Lahab diringankan sedikit hukuman disebabkan kegembiraannya menyambut kelahiran Nabi Muhammad saw dan dihujung kuku ibu jarinya tangannya keluar sedikit susu menjadi habuannya…. Membebaskan Thuwaibah untuk menjadi ibu susu nabi…
Akhirnya datang juga wanita-wanita Keluarga Sa’d yang akan menyusukan itu ke Mekah. Mereka memang mencari bayi yang akan mereka susukan. Akan tetapi mereka menghindari anak-anak yatim, karena mereka mengharapkan upah yang lebih kerana kemiskinan merek. Sedang dari anak-anak yatim sedikit sekali yang dapat mereka harapkan. Oleh karena itu di antara mereka itu tak ada yang mau mendatangi Muhammad.
           Salah seorang dari mereka, Halimah bint Abi-Dhua’ib, ternyata tidak mendapat bayi lain sebagai gantinya. Halimah dan suami datang dengan menaiki unta yang kurus…Setelah mereka akan meninggalkan Mekah, Halimah memutuskan untuk mengambil Muhammad. Dia bercerita, bahwa sejak diambilnya anak itu ia merasa mendapat berkah. Unta kurus yang dinaikinya tadi sihat dan gemuk serta merta… Halimah dan suami yang sudah ketinggalan dari rombongan Bani Saad, dengan pantasnya memotong barisan rombongan tersebut dengan tunggangan mereka yang sihat, gemuk dan kuat tadi…Sejak memelihara Insan Mulia tersebut… Ternak kambingnya yang kurus2 semuanya menjadi gemuk-gemuk dan susunyapun bertambah serta merta… . Tuhan telah memberkati semua yang ada padanya. Selama dua tahun Muhammad tinggal di sahara, disusukan oleh Halimah dan diasuh oleh Syaima’, puterinya. Udara sahara dan kehidupan pedalaman yang kasar menyebabkannya cepat sekali menjadi besar, dan menambah indah bentuk dan pertumbuhan badannya.

Monday, January 21

Kisah Rasulullah SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta




Pernahkah kita mendengar tentang berdakwahlah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana, Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya melakukan perbuatan sahaja. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”
Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.
SUMBER

Tuesday, January 15

Agar dicintai Nabi Muhammad s.a.w

Assalamualaikum.



Seorang sahabat bernama Tsauban sangat kasih dan cinta kepada Nabi S.A.W. Beliau selalu berdamping dengan Nabi S.A.W. Suatu malam, Tsauban tidak dapat tidur malam kerana asyik memikirkan dirinya yang tidak dapat terus bersama Nabi S.A.W saat itu.

Beliau berbisik kepada dirinya, "Ketika di dunia aku terpaksa berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Lebih-lebih lagi pada malam hari, bagaimana pula di akhirat nanti? Kalau aku di syurga, Rasulullah s.a.w sudah tentu di tingkat yang paling istimewa dan aku di tingkat yang lain. Dan jka aku di neraka, sudah tentu aku tidak bertemu langsung dengan Rasulullah s.a.w."

Kerana mengingatkan hal demikianlah beliau tidak dapat tidur sepanjang malam. Pada keesokan harinya menjelang waktu subuh, beliau ke masjid untuk melaksanakan solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Rasulullah s.a.w. Sesudah solat, seperti biasa baginda akan menghadap ke arah para sahabat. Tiba-tiba baginda terpandang wajah Tsauban yang kedua-dua biji mataya merah. Baginda pun memanggil Tsauban ke hadapan.

Rasullulah s.a.w bertanya, "Adakah kamu sakit, wahai Tsauban?" Tsauban menjawab, "Tidak wahai Rasulullah." Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Kenapa kedua-dua matamu merah?" Tsauban pun menceritakan apa yang telah berlaku semalam. Ketika itu Rasulullah s.a.w. diam tidak berkata apa-apa kerana syurga bukanlah milik baginda. Dalam keadaan begitu, baginda tidak dapat memberi jawapan yang pasti. Maka pada ketika itulah turun wahyu yang menjawab mengenai persolan tersebut.

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 69, yang bermaksud: "  Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi-nabi, dan orang-orang siddiqin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman dan rakan (kepada orang-orang yang taat itu)."
Kemudian baginda s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Anas r.a, yang bermaksud, "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga."

Friday, January 11

Kecantikan: Amanah dan Ujian daripada ALLAH.

Assalamualaikum.
Kalau rasa music background mengganggu boleh 'scroll' ke bawah dan tutup ok? :)

Aku ada terbaca tentang kisah seorang tokoh yang bernama Sulaiman bin Yasar
al-Hilali dan panggilannya adalah Abu Ayyub (w. 94H).
Beliau seorang ulama yang warak dan amat kaya dengan ilmu malah, sangat tampan. Setiap wanita yang melihat wajahnya selalu jatuh hati kepadanya. Namun begitu, beliau jauh daripada perlakuan maksiat.

                                           
                                                            Gambar Hiasan (Ashraf Muslim)
                                            

Abu Hazim bercerita: Suatu hari, Sulaiman bin Yasar keluar ke Mekah bersama seorang temannya. Apabila tiba di Abwa, mereka berhenti untuk berehat. Temannya itu segera menyiapkan makanan, lalu pergi ke pasar untuk membeli bekalan mereka. Sementara itu, Sulaiman menunggu di dalam tenda yang telah disiapkan.
Dari kejauhan, seorang wanita tanpa sengaja terpandang wajah Sulaiman. Ketampanan wajah Sulaiman segera menawan hatinya. Wanita itu lalu berhias dengan cantik, menutupi wajahnya dengan 'niqab', lalu mendatangi tenda Sulaiman.
Di hadapan Sulaiman, wanita itu terus menyingkap 'niqab' dari wajahnya. Terlihatlah seraut wajah yang sangat cantik. Dia pun berkata kepada Sulaiman, "Berikanlah kepadaku." Sulaiman menyangka wanita itu menginginkan makanan. Beliau pun segera bangun hendak mengambil makanan untuk diberikan kepada wanita itu.
Wanita itu berkata, "Aku tidak menginginkan makanan. Aku menginginkan apa yang diinginkan oleh seorang perempuan daripada seorang lelaki." Sulaiman sedar bahawa beliau sedang menghadapi ujian yang sangat besar. Beliau berkata, "Iblis telah mengutusmu untuk menyesatkanku." Beliau lalu meletakkan kepalanya di kedua tangannya dan menangis dengan amat sedih sekali. Melihat sikap ini, wanita itu berasa sangat malu dan menutup kembali wajahnya dengan 'niqab', lalu beredar dari situ.
Tidak lama kemudian, teman Sulaiman kembali dari pasar dengan membawa bekalan yang dibelinya. Apabila melihat kesan tangisan di muka Sulaiman, dia lantas bertanya, "Apa yang terjadi? Mengapa engkau menangis?" Sulaiman menjawab, " Tidak ada apa-apa. Aku hanya teringatkan keluargaku di rumah". Temannya tidak percaya. Dia terus mendesak Sulaiman untuk memberitahu apa yang sebenarnya terjadi. Akhirnya, Sulaiman menceritakan kisah sebenarnya. Mendengar cerita Sulaiman, temannya menangis dan berkata, "Jika aku yang mengalami kejadian ini, aku takut tidak dapat menahan diri seperti kamu."
Kisah ini dihikayatkan oleh Al-Hafiz Abu Nu'aim Al-Isbani dalam kitabnya yang bertajuk 'Hilyat al-Awlia'.

Beliau dan temannya meneruskan perjalanan mereka ke Mekah. Selepas melaksanakan semua amalan 'manasik' dengan sempurna, Sulaiman merasa letih dan mengantuk lalu tertidur. Dalam mimpinya, beliau berjumpa dengan sorang lelaki yang sangat tampan. Beliau bertanya, "Siapakah engkau, wahai tuan?" Orang itu menjawab,  "Aku Yusuf bin Ya'qub." Sulaiman bertanya lagi, "Nabi Yusuf?". Orang itu menjawab, "Ya".
Sulaiman berkata, "Aku sangat kagum dengan kisahmu bersama wanita yang menggodamu sebagaimana diceritakan dalam al-Quran.
Nabi Yusuf berkata, "Kisahmu di Abwa lebih mengagumkan."


WALLAHU A'ALAM.